Assalammualaikum. Hai.
Berkahwin bermakna emak dan bapak bukan lagi berada pada tempat teratas keutamaan. Terima kasih Zulliana kerana sering juga mengingatkan saya. Saya tahu dan kaum hawa semuanya pasti juga tahu. Cuma, secara peribadi saya seakan-akan tidak sampai hati untuk meletakkan mereka pada aras kedua. Walaupun saya tahu mereka tahu dan sangat memahami. Saya mengkhuatiri kemampuan diri untuk terus memikul tanggungjawab sebagai Kak Long selain seorang isteri.
Sebaik sahaja kami balik Perak, mak dan bapak kerap benar SMS atau call. Tanya itu, tanya ini. Siap tolong kejutkan masa Subuh. Comel mak dan bapak. Siap SMS encik suami bertanya dah bangun ke belum. Dek kerana pelik dan juga rasa kelakar saya bertanya, "pelik ah mak bapak asyik SMS tanya orang macam-macam. kekok je rasa." Mak jawab, "kami risaukan kamu." Bergenang air mata saya membayangkan wajah mak dan bapak kesayangan saya. Rasa mahu menangis disitu juga tapi malangnya kami sedang membeli-belah di Jusco.
Pada hari kami nak balik Ipoh, salam dan cium mak. Menangis. Kali ini, saya pergi dengan rasa hati yang sangat sarat dengan kesedihan / kesuraman. Ya, saya pergi. Sebab tanahair saya adalah Sarawak. Saya cuma pergi Ipoh, bukan balik Ipoh. Saya pasti akan balik cuma mungkin tak macam dulu. Mak menangis sambil cakap, "sekarang yatie pergi sebagai isteri. kalau dulu boleh balik sesuka hati. sekarang tak sama." Hancur luluh hati saya dengar kata-kata mak. Bapak call, saya bising-bising cakap bapak tak nak cium saya betul-betul. Kemudian bapak cakap, "yatie dah milik orang. bukan bapak punya lagi."
Damn ah! Sekarang pun saya sedih. Saya tak boleh ingat dialog-dialog ini. Mudah benar bagi saya untuk mengalirkan air mata. Mak, bapak. Walaupun Kak Long dah kahwin, tapi Kak Long tetap ber'binti'kan nama bapak dan mak dunia akhirat. Mak yang melahirkan dan menyusukan Kak Long. Bapak yang mendidik dan membesarkan Kak Long. Tiada apa yang berubah. Cuma tanggungjawab sahaja Kak Long perlu melebihkan suami. Syurga seorang isteri adalah pada suami. Kak Long tahu mak dan bapak sentiasa mendoakan Kak Long.
Perginya meninggalkan anda
Bukan bermakna selamanya
Melainkan dijemput Maha Pencipta
Ku pasti akan kembali jua
Dari kejauhan aku berdoa
Agar seisi keluarga sihat sejahtera
Kehidupan kekal aman bahagia
DiredhaiNya setiap masa
serius...sy pn sedih bl bc entry ni...
ReplyDeletesedihnya bc entry awk ni...sob sob sob....
ReplyDeletehuhuhu..sy lg la sedih...huhuhu...
ReplyDeleteYatie...siyes sedih..xmo kahwin la..sedih2...huhu
ReplyDeleteYatie...Siyes sedih..huhu..xmo kahwin..
ReplyDeletedyg,sedih kan..tu u tak kene lagi bile smp situasi u nak kene pilih antara dua.= suami atau mak ayah..once u rase time tu..rase mcm kalau la boleh di belah dua...oh...perit sungguh.
ReplyDeletenor ~ janganlah macam tu..kalau tak kahwin pun nanti mak ayah nor juga akan ditanya di akhirat nanti..mengahwinkan seorang anak merupakan tanggungjawab orang tua kita...
ReplyDeletezue ~ aah sedih...itulah pasalnya..pasti satu hari nanti saya akan berdepan juga dengan situasi tu...huhuhu...
sedihnya..huhuhu
ReplyDeletekak,eka pun dah nak kahwin,selalu terfikir camnelah nanti.
eka baru dpt keje jauh ngan mak ayah,6 bulan pertama ni,sangatlah sukar rasanya
mak ayah hari2 akan sms.. rasa terharu...
:)
sumpah touching!!
ReplyDelete