Assalammualaikum, Hai.
Ramai yang tanya, "mana lagi gambar kawen?" Saya pun, budget artis cakap tunggu...kononlah orang ternanti-nanti. Haha. InsyaAllah, sampai masa saya akan upload gambar-gambar saya yang macam artis popular. Haha.
25 Mac 2011, hati saya berdegup lebih kencang daripada biasa. Tetapi, agak melucukan bila saya masih lagi berjalan-jalan (tidak berkurung didalam rumah) ke daerah sebelah untuk membeli tomato pes, lengkuas dan cili merah. Haha. Kebetulan terjumpa dengan salah seorang bapa saudara jauh-jauhan, isterinya bertanya "eh, ni pengantin kan?" Tersengih-sengih saya menjawab ya. Haha. Dengan nada terkejut serta kagum agaknya, "ya Rabbi, masih berjalan. pengantin sepatutnya duduk rumah." Saya cuma mampu ketawa dan dalam hati berkata, 'ini pengantin zaman moden'. Hihi.
Dan buat tambah perisa jenaka dihari pernikahan, mak dan bapa suruh hidangkan makanan untuk beberapa orang ahli keluarga encik suami. Haha. Mak bapak saya sebenarnya tidak begitu kampungan. Adat semua tidak begitu diambil kira cuma perkara yang dirasakannya perlu sahaja patut dibuat. Contohnya, bersanding. Kalau setakat perintah berkurung, mereka tak hairan. Kurang kaki tangan kalau saya berkurung. Hihi. Kemudian bergegas ke rumah nenek untuk pasang inai express. Inai express sudah. Kelam kabut lah juga.
Proses akad nikah amat mudah. Tapi persediaan untuk hari tersebut mengambil masa berbulan-bulan. Dengan sekali lafaz dari encik suami dan 3 kali ulang dari Tok Kadi, akhirnya saya memegang status isteri. Isteri kepada Mohd Fadhlil Rahman. Pelik Tok Kadi ulang 3 kali? Haha. Ye, Tok Kadi yang gelabah pada hari kejadian. Pada mulanya beliau salah sebut nama encik suami kemudian nama saya juga dia 'bin' kan. Kali kedua, dia tergelak sendiri mengenangkan kesalahan beliau agaknya jadi beliau ketawa. Dan kali ketiga, barulah SAH. Alhamdulillah.;)
Terima kasih sahabat saya Amiruniza yang sanggup 'berjuang' demi majlis ini. InsyaAllah, akan ku berjuang jua pada majlis mu nanti. Suryani juga yang sudi meluangkan masa untuk berada disisi ketika ijab dan kabul. Ya sahabat sekalian, kehadiran kamu semua membuatkan saya terharu. Kamu teman sepermainan ku, dan kamu disisi ketika aku menghabiskan detik-detik bujang. Sayang kamu semua. Sulia kalau bukan kerana tugas yang langsung tidak dapat dielakkan pasti dia juga berada disisi. Namun, sangat terharu dia terus ke rumah dari tempat kerja. Terima kasih sahabat sekalian.
One For You.
;)
With Lots of Love,
D Yatie.
No comments:
Post a Comment