Saturday, February 12, 2011

Kanak-Kanak Dyslexia : Sayangi Mereka

Assalammualaikum, selamat berhujung minggu. Seakan terasa cepatnya masa berlalu, hari ini Sabtu dan esok Ahad. Lusa pula Isnin, jawapannya kerja. Ya Allah, entah dimana semangat bekerja pergi menyembunyikan diri. Malas. Dan pada yang sama, agak bosan berada dirumah. Saat-saat begini membuatkan rasa rindu membuak-buak kepada mak, bapak dan adik-adik. Berharap agar wujudnya pintu sesuka hati Doraemon supaya boleh berada dirumah pada setiap hujung minggu. Alangkah seronok kiranya dapat bersama keluarga tercinta, bersantai menonton Bollygood Time on 2 dengan bebas tanpa ada rasa malu.

Sebenarnya, baru sahaja tamat menonton Taare Zameen Par bersama-sama bakal mentua. Kalau diikutkan hati, mahu saja duduk bertapa didalam bilik tapi tak elok pula rasanya. Nasib baik tertarik dengan movie tersebut, kalau tidak alamatnya mati kutu. Novel, tak habis baca lagi - Things I Want My Daugthers To Know by Elizabeth Noble. Entah bila boleh khatam novel tersebut, setiap kali mula membaca anasir jahat juga mula menggoda. Terkinja-kinja dikelopak mata membuatkan si pembaca terus terlena. Buku La Tahzan juga tidak habis dibaca lagi, pemalas. Sepatutnya sikap yang baik itu dikekalkan, tapi jelas yang baik itu jugalah semakin susut dan sikap pemalas lebih mendominasikan diri. 

Movie tadi sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan saya iaitu adik saya yang disahkan mengalami Dyslexia (Developmental Reading Disorder). Dyslexia adalah berpunca daripada ketidakupayaan kanak-kanak untuk memproses simbol grafik dan mengakibatkan mereka tidak mampu untuk membaca.

Developmental reading disorder (DRD) is not caused by vision problems, but rather by problems with the brain's ability to recognize and process symbols. Children with DRD may have trouble rhyming and separating the sounds in spoken words. These abilities appear to be critical in the process of learning to read.

Ya, adik kedua saya memang ada masalah sebegini walaupun beliau kenal setiap satu huruf dan nombor. Cuma dia tidak berupaya untuk menjadikannya suku kata, apatah lagi ayat. Selain dari mengalami Dyslexia, semasa kecil beliau diserang demam panas yang hampir-hampir membuatkan beliau mengalami kekejangan. Syukur Alhamdulillah, sempat dibawa ke Klinik Desa dan fizikal beliau masih sempurna. Seperti yang kita sedia maklum, demam panas akan memberikan kesan terhadap otak. Namun begitu, adik saya tidaklah sampai pada tahap terencat akal. Subhanallah. 

Allah Maha Adil, Maha Bijaksana. Setiap seorang memiliki keupayaan, kelebihan serta kelemahan masing-masing. Dan itulah yang menjadikan adik saya sangat unik dan lebih istimewa. Allah telah meminjamkan beliau kepada kami untuk membantu kami terutamanya mak, bapak dan adik bongsu. Mungkin beliau seperti keanak-anakan walaupun pada usia 21 tahun sekarang, tetapi beliau sangat pandai dan tangkas ketika berada didapur. Beliau yang akan menyediakan makanan tengahari untuk mak, bapak, adik-adik yang baru balik kerja serta sekolah. Beliau yang memandikan dan menjaga adik bongsu ketika semua orang tiada dirumah.

Selagi mampu dan terdaya, saya tidak akan mengabaikan beliau walaupun saya merupakan seorang kakak yang jahat atau diberi gelaran sebagai singa. Mungkin tidak pernah atau jarang untuk saya pamerkan, tapi jauh disudut hati yang paling dalam saya amat menyayangi beliau. Sepenuh hati. Sesungguhnya beliau merupakan anugerah dari Allah yang paling istimewa. Kehadirannya menguji kekuatan, kesabaran dan keredhaan kami sebagai hambaNya. Semoga beliau sentiasa sihat sejahtera dan senyum selalu seperti kebiasaannya.

Lovely Kak Ngah, Dyg Norazila.
Entri ditulis sejak petang semalam, tamat hari ini.

3 comments:

  1. anak buah akak pun ada mengalami Dyslexia. dia merupak kanak2 istimewa. Allah maha adil diberikan kelebihan. Dia berfasih berbahasa Inggeris. American assense. Belajar dari mana hanya di TV astro saja. tu lah kelebihan pada kanakkanak istimewa. Amat sensitif perlakuannya seperti urang puteh. Caring,berteus terang. mgkin ada simptom2 yang serupa kut

    ReplyDelete
  2. betul tu kak. Allah Maha Adil, Maha Bijaksana. Dia tidak menjadikan seseorang itu tanpa apa-apa. Dia tak akan pernah membuatkan hamba-hambaNya menderita, melainkan kita sendiri yang memilih jalan derita. Adik saya juga hafal lirik lagu. Kelebihan yang dia ada, merupakan kelemahan saya. :)

    ReplyDelete
  3. I leave u my post regarding this, Dyslexia kids is truly special... u really don't have to worry about that... ;)

    http://juzmelo.blogspot.com/2011/07/manusia-disleksia-yang-hebat.html

    ReplyDelete