Friday, February 25, 2011

Kahwin : Jemputan

Assalammualaikum. Hai. Entri yang melompat jauh sebab hari ini saya sudah mengumumkannya pada muka buku seperti gambar diatas. Terus terang, saya sangat malu untuk 'create event' untuk diri sendiri. Tapi saya terpaksa menguatkan hati sendiri sebab tujuan saya adalah untuk menghebahkan atau untuk memberitahu berita ini kepada rakan taulan. Bukankah tujuan kita mengadakan kenduri juga adalah untuk memperkenalkan menantu kepada seluruh sanak saudara.
Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah. Sumber : Adat Resam Perkahwinan Melayu
Jadi, saya tak kisah bila kawan-kawan saya cakap mereka tak dapat hadir. Sebab saya faham mereka ada komitmen masing-masing. Malah, ramai yang tidak berada di Sarawak - merantau sama macam saya. Cuma saya tidak mahu mereka tidak tahu. Errr, maksudnya saya mahu juga menjemput mereka. Mahu mereka tahu yang saya tak pernah lupa mereka dan jemput mereka waima saya sedia maklum mereka tidak dapat menghadirkan diri. Sarawak - Semenanjung Malaysia. Walaupun berada diatas awan sana cuma 1 jam 45 minit dan ke kampung saya lebih kurang 2 jam kalau bawa kereta perlahan. Cuma 3 jam 45 minit. Eh? Puan Zue? Apa macam? Ada bran? Hahahaha.

Sebenarnya ramai juga yang bertanya tentang kenduri disebelah pihak lelaki. Maaf ye kawan-kawan, kami tak pasti lagi adakah majlis tersebut berlangsung atau tidak. Kalau berlangsung, kami masih tidak pasti bila tarikhnya. Mungkin, mungkin saja bulan Jun nanti.  Mungkin juga masa tu kami bersanding bersama anak kami. Haha. Semua itu dari Allah SWT. Setakat ini kami merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat sahaja, tapi kami cuma merancang dan Allah yang menentukannya. Ada rezeki lebih, insyaAllah kami buat besar. Tak ada, kami buat ala kadar. Saya harap semua orang faham, sebab kami merupakan pasangan yang berasal dari kepulauan berbeza. Errrk??

Ingat kawan-kawan, jangan sesekali ada niat mahu menunjuk-nunjuk. Tak ada faedah. Utamakan yang wajib, ikhlaskan diri walaupun terpaksa menggunakan sejumlah wang yang sangat banyak. Pada mulanya saya merungut-rungut juga, tapi saya cuba untuk mengikhlaskan diri. Ok, tengah mencuba. Saya mahukan keberkatan dalam rumahtangga yang bakal dibina. Mak cakap, walaupun seseorang itu menganggap kamu musuh. Seseorang itu tidak mahu kamu mengaku kawan. Seseorang itu membenci kamu. Kamu kena ikhlaskan diri menjemputnya. Tapi, kalau seseorang tersebut prejudis dengan menganggap saya ada niat tidak baik macam mana? Apa pun, saya jemput semua.

Rakan-rakan Blogger semua, saya jemput anda semua ke kenduri saya k. Jangan risau, datanglah terutamanya mereka yang berada di Sarawak sekarang. Adik Wan, dan Kacang Dewa. Err, dua saja yang saya kenal. Ok, dengan ini saya menjemput rakan blogger sekalian ke majlis saya pada 26 Mac 2011 bertempat di Kampung Tanah Hitam, 94100 Sematan, Sarawak.

No comments:

Post a Comment