Tuesday, April 5, 2011

Kau Bukan Kepunyaan Ku Lagi

Assalammualaikum. Hai.

Berkahwin bermakna emak dan bapak bukan lagi berada pada tempat teratas keutamaan. Terima kasih Zulliana kerana sering juga mengingatkan saya. Saya tahu dan kaum hawa semuanya pasti juga tahu. Cuma, secara peribadi saya seakan-akan tidak sampai hati untuk meletakkan mereka pada aras kedua. Walaupun saya tahu mereka tahu dan sangat memahami. Saya mengkhuatiri kemampuan diri untuk terus memikul tanggungjawab sebagai Kak Long selain seorang isteri.

Sebaik sahaja kami balik Perak, mak dan bapak kerap benar SMS atau call. Tanya itu, tanya ini. Siap tolong kejutkan masa Subuh. Comel mak dan bapak. Siap SMS encik suami bertanya dah bangun ke belum. Dek kerana pelik dan juga rasa kelakar saya bertanya, "pelik ah mak bapak asyik SMS tanya orang macam-macam. kekok je rasa." Mak jawab, "kami risaukan kamu." Bergenang air mata saya membayangkan wajah mak dan bapak kesayangan saya. Rasa mahu menangis disitu juga tapi malangnya kami sedang membeli-belah di Jusco.

Pada hari kami nak balik Ipoh, salam dan cium mak. Menangis. Kali ini, saya pergi dengan rasa hati yang sangat sarat dengan kesedihan / kesuraman. Ya, saya pergi. Sebab tanahair saya adalah Sarawak. Saya cuma pergi Ipoh, bukan balik Ipoh. Saya pasti akan balik cuma mungkin tak macam dulu. Mak menangis sambil cakap, "sekarang yatie pergi sebagai isteri. kalau dulu boleh balik sesuka hati. sekarang tak sama." Hancur luluh hati saya dengar kata-kata mak. Bapak call, saya bising-bising cakap bapak tak nak cium saya betul-betul. Kemudian bapak cakap, "yatie dah milik orang. bukan bapak punya lagi."

Damn ah! Sekarang pun saya sedih. Saya tak boleh ingat dialog-dialog ini. Mudah benar bagi saya untuk mengalirkan air mata. Mak, bapak. Walaupun Kak Long dah kahwin, tapi Kak Long tetap ber'binti'kan nama bapak dan mak dunia akhirat. Mak yang melahirkan dan menyusukan Kak Long. Bapak yang mendidik dan membesarkan Kak Long. Tiada apa yang berubah. Cuma tanggungjawab sahaja Kak Long perlu melebihkan suami. Syurga seorang isteri adalah pada suami. Kak Long tahu mak dan bapak sentiasa mendoakan Kak Long.

Perginya meninggalkan anda
Bukan bermakna selamanya
Melainkan dijemput Maha Pencipta
Ku pasti akan kembali jua

Dari kejauhan aku berdoa
Agar seisi keluarga sihat sejahtera
Kehidupan kekal aman bahagia
DiredhaiNya setiap masa

Monday, April 4, 2011

Alhamdulillah, dipermudahkan Allah

Assalammualaikum, Hai.

Ramai yang tanya, "mana lagi gambar kawen?" Saya pun, budget artis cakap tunggu...kononlah orang ternanti-nanti. Haha. InsyaAllah, sampai masa saya akan upload gambar-gambar saya yang macam artis popular. Haha.

25 Mac 2011, hati saya berdegup lebih kencang daripada biasa. Tetapi, agak melucukan bila saya masih lagi berjalan-jalan (tidak berkurung didalam rumah) ke daerah sebelah untuk membeli tomato pes, lengkuas dan cili merah. Haha. Kebetulan terjumpa dengan salah seorang bapa saudara jauh-jauhan, isterinya bertanya "eh, ni pengantin kan?" Tersengih-sengih saya menjawab ya. Haha. Dengan nada terkejut serta kagum agaknya, "ya Rabbi, masih berjalan. pengantin sepatutnya duduk rumah." Saya cuma mampu ketawa dan dalam hati berkata, 'ini pengantin zaman moden'. Hihi.

Dan buat tambah perisa jenaka dihari pernikahan, mak dan bapa suruh hidangkan makanan untuk beberapa orang ahli keluarga encik suami. Haha. Mak bapak saya sebenarnya tidak begitu kampungan. Adat semua tidak begitu diambil kira cuma perkara yang dirasakannya perlu sahaja patut dibuat. Contohnya, bersanding. Kalau setakat perintah berkurung, mereka tak hairan. Kurang kaki tangan kalau saya berkurung. Hihi. Kemudian bergegas ke rumah nenek untuk pasang inai express. Inai express sudah. Kelam kabut lah juga. 

Proses akad nikah amat mudah. Tapi persediaan untuk hari tersebut mengambil masa berbulan-bulan. Dengan sekali lafaz dari encik suami dan 3 kali ulang dari Tok Kadi, akhirnya saya memegang status isteri. Isteri kepada Mohd Fadhlil Rahman. Pelik Tok Kadi ulang 3 kali? Haha. Ye, Tok Kadi yang gelabah pada hari kejadian. Pada mulanya beliau salah sebut nama encik suami kemudian nama saya juga dia 'bin' kan. Kali kedua, dia tergelak sendiri mengenangkan kesalahan beliau agaknya jadi beliau ketawa. Dan kali ketiga, barulah SAH. Alhamdulillah.;)

Terima kasih sahabat saya Amiruniza yang sanggup 'berjuang' demi majlis ini. InsyaAllah, akan ku berjuang jua pada majlis mu nanti. Suryani juga yang sudi meluangkan masa untuk berada disisi ketika ijab dan kabul. Ya sahabat sekalian, kehadiran kamu semua membuatkan saya terharu. Kamu teman sepermainan ku, dan kamu disisi ketika aku menghabiskan detik-detik bujang. Sayang kamu semua. Sulia kalau bukan kerana tugas yang langsung tidak dapat dielakkan pasti dia juga berada disisi. Namun, sangat terharu dia terus ke rumah dari tempat kerja. Terima kasih sahabat sekalian.

One For You.
;)

With Lots of Love,
D Yatie.

Sunday, April 3, 2011

A Week As A Wife

Assalammualaikum. Hai.

Quick update. Once you get married, you can't spend more time with your laptop, social network and blog. Haha. Yalah, sebelum kahwin kehidupan saya adalah bersama-sama Mr. Fujitsu. Tak pernah berenggang. Tapi sekarang, Mr. Fujitsu diketepikan sebab dah ada Mr. Fadhlil. Hihi.

Ok, kawan-kawan ramai tanya how's life? Actually, belum lagi rasanya bagi saya untuk berkongsi tentang kehidupan selepas berumahtangga. Seminggu - terlalu awal rasanya. Hati masih bunga-bunga. Teruja. Gembira. Cuma tunggu nanti akan saya kongsikan juga.

Tapi kan, satu benda yang ketara. Dulu tidur sorang-sorang, sekarang tidur dah berdua. Ngeh3. Ok kawan, cepat-cepat kahwin tau. Jangan tunggu lama-lama. =D

Zue, thanks a lot. Tak ada word yang lebih baik dari itu untuk saya sentiasa ucapkan.Ok, bye.