Assalammualaikum. Hai.
Lagi tip dari saya. Hehe. Konon macam hebat sangat bagi tips semua ni. Padahal, entah apa-apa je. Ok, sebenarnya saya tak berapa tahu pasal urusan jamuan semua ni. Sebab jamuan majlis adalah diuruskan sepenuhnya oleh mak dan bapa saya. Seperti kebiasaannya adat dikampung, kami akan bergotong-royong. Tapi tak juga gotong-royong sebab tukang masak adalah berbayar. Lagipun, mana ada sebarang perkhidmatan percuma zaman sekarang. Masih boleh dianggap gotong-royong kerana melibatkan orang kampung juga. Berbeza dengan cara orang bandar, semuanya katering. Cuma budget satu kepala nilainya berapa, RM5 / RM6 / RM7 / etc. Tak payah susah-susah.
Dan, apa yang saya tahu dari mak bapa : keperluan asas itu wajib disediakan lebih awal. Apa dia? Gula dan minyak. Apatah lagi hari tu kita kekurangan gula dan minyak kelapa sawit. Dibuatnya tak ada gula, takkan nak bagi tetamu minum air masak semata-mata atau tambah je perisa pandan ke, pisang ke. Konon bagi ada rasa tapi tawar. Boleh ke? Kalau tak ada minyak pulak nak menumis dan menggoreng, takkan nak guna minyak petrol atau semua lauk ialah sup semata-mata. Sup ayam, sup daging, sup sayur. Boleh ke? Tak kan? Kesian kat tetamu. Kalau hati kering, tak apa lah kot.
Dan minggu terakhir ini (7 hari menuju destinasi), mak dan bapa sudah mula sibuk beli barang-barang basah. Daging, ayam semua rasanya tak lagi kot. Saya tulis kot sebab saya juga tak pasti maksud mak beli barang-barang semua termasuk ayam daging ke tidak. Kalau beli awal, nanti busuk. Eh, entahlah. Bawang, cili dan yang sewaktu dengannya itu sudah dibeli. Mak cakap, susahnya beli barang sekarang. Bukan susah apa, nak budget duit. Harga barang dah mahal, itu yang takut melebihi budget perbelanjaan. Terkurang sana-sini, nanti kita juga susah hati. Kan?
Jamuan yang paling penting dan sangat perlu diambil berat. Tujuan jamuan adalah untuk meraikan kehadiran tetamu yang sebenarnya terdiri daripada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai. Bukan menjemput orang sesuka hati yang kita tak kenal pun dijemput. Kan? Pernah juga dengar kes nak jimat punya pasal lepas tu makanan yang disajikan tak berapa sedap. Baik jemput sikit, masak sedap. Jimat juga. Dan satu lagi, kenalah cari tukang masak yang boleh dipercayai. Nanti kita bagi 5K untuk belanja dapur, dia guna 3K dan selebihnya simpan poket sendiri. Makanan tak sedap sebab semua bahan dia kurangkan. Isk! Isk! Isk!
Kesimpulannya, oleh kerana mak bapa makan garam lebih banyak dari kita maka kita serahkan urusan ini kepada mak bapa. Sekurang-kurangnya tanya pendapat mereka bagi yang ambil perkhidmatan katering. Saya pula serahkan bulat-bulat dekat mak bapa tentang pemilihan lauk segala. Lauk apa, nasi putih ke nasi kuning ke. Saya tak tahu. Dan saya tak kisah sebab saya yakin mak bapa saya pasti buat yang terbaik. Nanti kita sama-sama tengok apa lauk, nasi apa, majlis macam mana. Okay. Bye!
klu kami kat kg tak upah org masak, dh penah buat skali, tak seronok, kami lebih suka masak sendiri, lebih meriah.. :D, tp betul la, klu bab2 belanja tuk kenduri kendara ni org tua yg lebih tahu..
ReplyDeletememang macam tu, sendiri masak tapi 'apten' tu dibayar...huhu...
ReplyDeletetahu takper, sebab tu kena bagi diorg buat smua.. =)